Saturday 3 November 2012

Pramugari Koma Di Tanah Suci




Untuk renungan bersama ......
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.
Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.
Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.
Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.
Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"
“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.
Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.
Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang puan pergi haji ini?"
"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.
"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.
"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.
Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.
Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.
Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,
"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.
Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.
Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.
Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.
Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.
Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.
Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.
Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.
Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.
Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.
Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.
Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.
Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.
Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."
"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.
Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."
"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.
Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.
Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?
Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Suka Baca?Like N Komen Je.. :D

Friday 20 January 2012

ALHAMDULILLAH... SEGALANYA BERJALAN LANCAR...



~ SaLaM SemuaNya... SekARang Mau uPDatE bLog Lagi.... hehehe... semalam saya ada cakap kan yang saya rasa malu nak ke kelas di sebabkan bekas chickenpox kat muka saya.... Hari ini saya cuba beranikan diri tau... Saya datang ke kelas juga... :D
~ Kelas mula pukul 8.30 pagi tadi.. saya bersiap pukul 7.30.. awal kan..hehe... semangat... Mau p kelas selepas 2 minggu cuti... Tapi w/bagaimanapun... kerisauan tetap ada dalam fikiran... Takut xda nak kawan ke... kena kutuk ke... tapi alhamdulillah... Kawan2x semua baik... Siap tanya kabar lagi... :D.. mAdam pun baik.... dia senyum je n cakap baik dengan saya... :D
~ Rupanya kawan2x xla seperti yang saya fikirkan... ALmaklumlah... Belum biasa kan... Alhamdulillah mereka semua baik.... saya happy utk hari ini... Pengajaran disini... Janganlah berburuk sangka.... hehehe... 

Suka Baca?Like N Komen Je.. :D

Sunday 8 January 2012

1st time nampak menara KLCC&menara berkembar petronas.. :D



~ Assalamulaikum... hahaha... update blog lagi... korang mau tau ka?? jakun btl aq ari ni tau... pertama kali nampak menara KLCC n Menara Berkembar Petronas... Hahaha.... uiii...macam nda percaya oo... dekat btl tmpt aq blajar ni dgn tmpt yg popular ni../.. aduuiii... terharu aq... macam mimpi pun ada... nda sangka yg d tV d tengok selama ni kini berada di depan mata... aduiiiiiiiii.... jakunnya aq..hahahaha..... aiii... rupanya aq d k.l suda oo... hahaha...terharunya,...hehhehe...

Suka Baca?Like N Komen Je.. :D

Hari Terakhir Orientasi Institut Profesional Baitulmal :)



~ Assalamualaikum semuanya... Hari ni last day orientasi kami... :) 06/01/2012(jumaat) Aiii.. Ni kali lagi awal bangun... Pukul 4 lagi... huhuhuhu...
~ Nak tau kenapa disuruh awal? actually ada aktiviti Qiamulail... Bestnya... :D/ ..tP blum bleh lagi aq ikut... huhu.. :( xpala... Lepas 2 diteruskan la dengan solat subuh... :) sementara yg lain ni solat.. kami yg xdapat solat ni dsuruh p lobi aspuri... kami d bagi ceramah... tentang apa pun aq nda igt suda... coz time 2 aq tido.... hahahaha... lgsg nda mendengar... nasib ja fasi 2 x pemarah n yg baik hati... anu bha... btl2x nda tahan suda mengantuk..huhu... kaki lagi sakit... huhu... :( Lepas da habis ceramh 2... macam biasa la... Riadah pagi... Ni kali aq xdpt ikut... :( aq punya kaki terlalu sakit n x mampu mau buat aktiviti... tpksa la tgk ja kwn lain..huhu.. :(
~Selepas saja aktiviti riadah 2.. seterusnya ada taklimat mengenai biasiswa baitulmal... Uiii...begagar bha badan sebelum temuduga... hahahaha... org yg bagi temuduga pun garang... betambah la takut..hihi.. sementara menunggu giliran.... macam2x la aktiviti lain.. best2x tau... ada 1 student 2 boleh tahan oo.. leh jadi pakar motivasi... rasanya org sarawak kot.. minat plak aq... tp bukan jatuh cinta pun..hahahahha. lepas da habis 2... mula la temuduga... macam2x la soalan aq ditanya... harap2x dapat la... amin... Aq btl2x harapkan biasiswa ni..huhu...
~ Lepas dah habis aktiviti 2.. diteruskan la dengan taklimat kaunseling... Lucu2x owh pakar kaunselingnya.. hensem g 2... hahahaha.... Lepas taklimat 2... barulah acara penutupan d sertai dengan taklimat CEO IPB... lucu2x orgnya n peramah.... :) cina muslim.. :) mr lee nama dia... cara dia bercakap pun .. boleh tahan oo..  rupanya IPB ni popular tau d k.l... artis pun slalu datang sini... :D yg paling untung ada 2 org plajar dapat masuk surat kabar utusan malaysia.. jeless.... hehhe... xpala.. rezeki dorg... emm ... Lepas jak amanat 2...bacaan ikrar... macam biasa... aq pun besemangat juga masa baca ikrar.. mau jd pelajar cemerlang insyaALLAH... Lepas dah habis semua 2... berakhirlah orientasi... Kami bersalaman dengan fasi.. Pas 2 balik la.hehehe...
~ MULAI HARI INI.. AKU BULATKAN TEKAD... AKU AKAN JADI PELAJAR TERBAIK!! AKU TIDAK AKAN ULANGI KESILAPAN LAMA!! AKU PASTI BOLEH!! INSYALLAH.... Amin... :)

Suka Baca?Like N Komen Je.. :D

Hari Kedua Orientasi Institut Profesional Baitulmal :)


~ Assalamualaikum semua.... :) Hari ni hari ke 2 orientasi... 05/01/2012(khamis).... Hehehehe.... Disambung lagi... awal bangun ni kali.. hahahaha... jam5 lagi... adui... nda biasa oowhh...hehehehe....
~ Aktiviti awal pagi dimulai dengan solat subuh berjemaah d surau... Tp malangnya aq xdapat join... Fhm2x la.. hehe... Pas 2 aktiviti diteruskan la dengan Riadah pagi.. hehehe..... Riadah ni yang best... macam2x aktiviti... Tapi penat la.. Hahaha.... Mula2x skali d suruh berlari round baitulmal 2x... hehehe... penat oo.. tp tpksa la.. ok juga 2.. hehe... Lepas dah aktiviti 2 ada la aktiviti lain yg best.. disuruh cari pasangan la... pegang ntangki la...baring la.. hahaha... gila kan.. tp best la.... Yg aq paling x lupa dlm aktiviti ni kan... ada pmpuan semenanjung cakap suara aq macam stacy...hahahha..bangga ni... kikiki... :p
~ Lepas aktiviti 2.. diteruskan la dengan aktiviti taklimat jabatan kewangan n urus bangunan... yg ni ok la.. byk juga la ilmu d dapat... Lepas 2 taklimat unit peperiksaan,makmal komputer n akademik lagi... seterusnya taklimat juga mengenai perpustakaan... Semuanya ok la... cuma agak mengantuk la... heehehe... 


~ Lepas aktiviti 2... diteruskan la dengan aktiviti taklimat lagi,...eee... hehhe... tapi biarlah... bukan slalu pun..hihihi.... 1st taklimat program pgajian la mgikut kos masing2x... kos aq perlu lulus semua baru leh sambung,...huhuhu.... InsyaALLAH aq akan buat yg terbaik... n kesilapan lama xkan berulang lagi... :D... Doakan la juga saya ya.. :).. Selepas taklimat 2... taklimat diteruskan lagi dengan taklimat hal ehwal pelajar... taklimat ni tenteng apa2x la bantuan pelajar,masalah pelajar n sebagainya... :) 


Lepas taklimat 2... aktiviti d teruskan la dgn solat asar.. spt biasa.. :) selepas selesai solat asar... adalah riadah petang... ni gila... d suruh lompat bintang.. hahaha... penat... kurang asam btl.... selain 2 d suruh buat barisan bjenis2x..ni pn best...hehehe... pas 2 d suruh guna kain sarung lagi untuk sambut belon n bhumban2x..hahaha... tp yg paling best la... d suruh tutup mata kunun kami coz ada hadiah... dia kira sampai 3 baru leh buka mata... skali kami da buka mata.... dihumban kami pakai belon n disiram air.. kurang asam kan... hahhaha... tp sket ja aq kena..... ee.... tp best bha... kenangan terindah juga ni...hihihi.... Selepas 2 solat isyak la... mcm biasa... :)

~ Selepas daripada aktiviti e2, taklimat la diteruskan lagi... Taklimat mengenai penginapan n kebajikan.... so lau ada masalah asrama n kebajikan.. semuanya merujuk la dengan unit ni... :)
lepas jak taklimat... ada la game... d suruh nyanyi n buat gaya... ee... best tau... tp xtau mau ckp mcm mna...hehehe... Lepas 2 berakhirlah aktiviti... terpaksa tido lewat tau... pukul 1 bru dpt tido...huhu... :( esok orientasi lagi....  :) last day dah,.. :)


Suka Baca?Like N Komen Je.. :D

Wednesday 4 January 2012

Hari Pertama Orientasi Institut Profesional Baitulmal :)




~ Assalamualaikum semua.... Hari ni hari pertama saya memulakan orientasi sebagai student Institut Profesional Baitulmal... :) Tarikh hari ni 04/01/12(Rabu) ...
Orientasi hari ni bermula dari jam 6pagi hingga 11 malam... Xla penat sangat... cuma mengantuk sikit ja coz xcukup tidur... Huhu.. Tp xpala.... Bukan selalu pun... :) Just hari ni sampai jumaat je(06/04/2012)~ ACara dari awal pagi adalah pendaftaran... 6am-9am.... Sy pun terlibat sama la... :) Hehe... cuma segan la coz kat sini semua org semenanjung... Saya jauh dari sabah... :) Dalam proses pendaftaran alhamdulillah semuanya berjalan lancar... :) Dari pengurusan pendaftaran,no matrix,kewangan,perpustakaan,pmbukaan akaun bank rakyat n asrama, semuanya bejalan lancar... Malangnya saya nda sebilik dgn adik sy... :( Terpaksa berdikari sendiri la nampaknya... :( Xpala... Its ok... :)

~ Selepas selesai pendaftaran,adalah d berikan masa rehat sikit.. sampai pukul 4... ambil la kesempatan utk mengemas2x,makan n tidur.. :D... selepas dah cukup tidur,, arientasi disambung lagi dengan taklima MIS yg terletak kat LT2... :) Dalam taklimat 2,xda la apa2x pun... just memberitahu segala acara yg diadakan sepanjang orientasi n perkenalan dengan para fasilitator.. :) Semua da senior... Tp malangnya adik saya lagi semua.... Hahahaha.. Malunyerrrr.... :( Xpala... Biarlah... Buat tak tau je... hehehe.. :D

~ Selepas 2, d beri rehat la dari pukul 5 sampai pukul6.. Sy ambil la kesempatan 2 untuk makan kali ke 2... hahahaha... kuat makan btl kan saya.. nda taulah ni nnt... bgemuk ka juga.. hahahaa.. Selepas da cukup rehat,orientasi d mulakan dengan acara solat maghrib,tazkirah n solat isyak... Tp sy xdpt solat... fhm2x ja la... hihihihii... Tp kami ada acara sdiri utk yg xdpt solat.. Kami d beri ceramah la tentang ilmu,kejayaan n macam2x lagi... Yg saya xdpt lupa,soalan mengenai kenapa perniagaan francais cthnya KFC n McDonald slalu dapat utk banyak.... Nak tau jwpnnya?? jwpnnya adalah sbb dorg ikut sunnah nabi... emmmm... sy pn terfikir juga time 2... napa dikatakan sunnah nabi??? rupanya jawapan sbnr ada dlm tagline KFC n MCDONALD 2... KFC tagline "sedap hingga menjilat jari" kan.. Bukan ka mjilat jari sunnah nabi??? hihi... Begitu juga dgn mcdonald... Tagline dai "Gambar senyum" senyum 2 bukan ka salah satu sunnah nabi?? hihi... skg da dpt kwpnnya kan... :) hihihi.. 

~ Selepas acara 2... diteruskan lagi la dengan acara pengenalan MPP,JPPA n LDK... tP MPP xdpt dtg la... dgantikan dgn 2 org plajar cemerlang IPB yg berjaya skg ni... Byk perisiannya... Yg sy xkn lupa dia cakap,, jangan salahgunakan harta zakat... nanti xda berkat.. :) selain 2 jangan suka kutuk lecturer juga.... :) Selanin ceramah 2 org pelajar 2... Adalah LDK yg diadakn... perkenalan dengan pelajar lain... :) Adik2x semua.. Tp yg sy nda lupa fasi 2 bha... Hensem.. Hahaha... Cair tengok... hihihi... xdalah... gurau ja... :) tp kira ok juga la orientasi hari pertama ni...xtau plak esok... huhu... 
Ok la... Ni jelah dulu coretan malam ni... lewat suda ni... esok mau bangun awal lagi... Pukul5.. :( Huhu... Awal orientasi... K la... Gud nite all.. Assalamualaikum... :)

Suka Baca?Like N Komen Je.. :D

Monday 2 January 2012

Me As a Student Institut Profesional Baitulmal



~ AssaLamualaikum all.... hari ni sy updated blog lagi... Just mau cerita perkembangan terbaru sy... :)
~ Sekarang saya berada di Kg.pandan Kuala Lumpur... Sy jadi salah seorang student kat Institut Profesional Baitulmal... :( Alhamdulillah... :) 
~ Tapi walaubagaimanapun... Sy tetap juga merasa sedih... Rindu dgn suasana kat kampung... Rindu kucing2x sy, rindu family saya... rindu pekan Beluran... Huhu... Rindu semuanya... :( rasa macm nda sanggup mau tggalkan kampung halaman... :( Tapi apa boleh buat,semua ni kemahuan mak sy... :( Kesian dia.. Mw btl tgk anaknya berjaya... Huhu... :)
~InsyaALLAH sy akan cuba la buat yg trbaik... Semua rakan2x doakan la sy juga ya... :) Hari ni orientasi belum bermula lagi... 4hb nanti... InsyaALLAH sy akan update blog juga... :)
~ Tapi 2la... 1st day hari ni kat sini terpaksa tido kat bawah... :( hehehe... lambat urus asrama... tp xpe... malam ni je...esok ada bilik sendiri dah.. :)hehehe.. Happy juga la...tp sedih yg banyak... Hehehe... Buat masa ni kawan2x ok juga... tp semua org semenanjung la.. Bikin segan juga... Hihihi... xpa... sy cuba biasakan diri... :)
~ Ni ja la dulu coretan hari ni... :) nanti orientasi saya sy cerita lg ok... :) Assalamualaikum.. :) 


Suka Baca?Like N Komen Je.. :D

Copyright@Segalanya yang tertulis di blog ni Hak milik CT Rafiah